Sunday, November 14, 2010

LAWATAN KE SANTUARI GAJAH KUALA GANDAH


Jabatan Perhilitan Kuala Gandah
Kuala Gandah adalah sebuah pusat santuari gajah dikendalikan oleh Jabatan perhilitan. Gajah-gajah liar dipindahkan dari habitat semulajadi yang telah diteroka untuk pembangunan. Hutan-hutan ditebang dan dibesihkan untuk dijadikan ladang kelapa sawit atau getah.  

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lancang sejauh 130 km mengambil masa selama 1 jam. Untuk sampai ke Kuala Gandah dari plaza tol Lanchang mengambil masa selama 15-20 minit lagi.
Gambar kenangan bersama
 Nasharuddin Othman

Ketibaan saya disambut oleh sahabat lama saudara Nasharuddin Othman. Beliau juga telah meluangkan masa membawa saya dan keluarga melawat pusat santuari gajah. Antara aktiviti-aktiviti menarik adalah:
  • Video - Menonton dokumentari mengenai proses pemindahan gajah liar
  • Memberi makan - Anda boleh memberi makanan kepada gajah seperti pisang, betik dan lain-lain yang dibenarkan
  • Menunggang gajah - Pengunjung berpeluang menunggang gajah di sekitar pusat ini
  • Mandi gajah - Pengunjung juga berpeluang berenang dan mandi bersama gajah di sungai di bawah pengawasan petugas.
Pusat ini boleh dilawati setiap hari mulai dari 10.30 pagi

Antara aktiviti  semasa lawatan ke pusat santuari gajah di Kuala Gandah