Jabatan Perhilitan Kuala Gandah |
Kuala Gandah adalah sebuah pusat santuari gajah dikendalikan oleh Jabatan perhilitan. Gajah-gajah liar dipindahkan dari habitat semulajadi yang telah diteroka untuk pembangunan. Hutan-hutan ditebang dan dibesihkan untuk dijadikan ladang kelapa sawit atau getah.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lancang sejauh 130 km mengambil masa selama 1 jam. Untuk sampai ke Kuala Gandah dari plaza tol Lanchang mengambil masa selama 15-20 minit lagi.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lancang sejauh 130 km mengambil masa selama 1 jam. Untuk sampai ke Kuala Gandah dari plaza tol Lanchang mengambil masa selama 15-20 minit lagi.
Gambar kenangan bersama Nasharuddin Othman |
Ketibaan saya disambut oleh sahabat lama saudara Nasharuddin Othman. Beliau juga telah meluangkan masa membawa saya dan keluarga melawat pusat santuari gajah. Antara aktiviti-aktiviti menarik adalah:
- Video - Menonton dokumentari mengenai proses pemindahan gajah liar
- Memberi makan - Anda boleh memberi makanan kepada gajah seperti pisang, betik dan lain-lain yang dibenarkan
- Menunggang gajah - Pengunjung berpeluang menunggang gajah di sekitar pusat ini
- Mandi gajah - Pengunjung juga berpeluang berenang dan mandi bersama gajah di sungai di bawah pengawasan petugas.
Antara aktiviti semasa lawatan ke pusat santuari gajah di Kuala Gandah
sye ske sgt pegi ke Sanctuary Gajah sbb boleh naek gajah...mule2 tkt jugak sbb tinggi tp bile dh naek rse nk naek lg jer.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi baca blog ini. Memang seronok dapat ke sana lebih-lebih lagi berpeluang naik gajah.
Deletesalam..nk tny mcm ne nak deal dgn org yg uruskan pusat santuari gajah ni??ada x no. or org yg leh sy contact untuk wat trip kat sini..
ReplyDeleteMinta maaf lama tak update blog ni sebab ada urusan yang perlu diselesaikan. Walau bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kerana sudi baca blog ini. Untuk ke sana boleh cuba dapatkan dari laman web pusat tersebut.
Delete