Jabatan Perhilitan Kuala Gandah |
Kuala Gandah adalah sebuah pusat santuari gajah dikendalikan oleh Jabatan perhilitan. Gajah-gajah liar dipindahkan dari habitat semulajadi yang telah diteroka untuk pembangunan. Hutan-hutan ditebang dan dibesihkan untuk dijadikan ladang kelapa sawit atau getah.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lancang sejauh 130 km mengambil masa selama 1 jam. Untuk sampai ke Kuala Gandah dari plaza tol Lanchang mengambil masa selama 15-20 minit lagi.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lancang sejauh 130 km mengambil masa selama 1 jam. Untuk sampai ke Kuala Gandah dari plaza tol Lanchang mengambil masa selama 15-20 minit lagi.
Gambar kenangan bersama Nasharuddin Othman |
Ketibaan saya disambut oleh sahabat lama saudara Nasharuddin Othman. Beliau juga telah meluangkan masa membawa saya dan keluarga melawat pusat santuari gajah. Antara aktiviti-aktiviti menarik adalah:
- Video - Menonton dokumentari mengenai proses pemindahan gajah liar
- Memberi makan - Anda boleh memberi makanan kepada gajah seperti pisang, betik dan lain-lain yang dibenarkan
- Menunggang gajah - Pengunjung berpeluang menunggang gajah di sekitar pusat ini
- Mandi gajah - Pengunjung juga berpeluang berenang dan mandi bersama gajah di sungai di bawah pengawasan petugas.
Antara aktiviti semasa lawatan ke pusat santuari gajah di Kuala Gandah